Friday, 4 July 2014

7 Tips Penjagaan Rambut (7 Hair Care Tips)

Assalamualaikum. 

Hari ni nak share pasal tips penjagaan rambut. Tips ni berdasarkan routine yang eiwa amalkan sejak 4 tahun yang lepas dan ianya amat berkesan. It really works for me so I hope this post could benefit those who would like to have a proper hair care routines or perhaps trying to fix the damage caused by frequent colouring/perming/rebonding. But sebelum tu, eiwa just nak bagitau yang rambut eiwa 6 tahun lepas pernah rosak disebabkan oleh rebonding so, mmg struggle lah masa tu untuk dapatkan rambut yang sihat balik. Tapi eiwa tak salahkan rebonding tu, i put the blame on me sbb xjaga rambut betul2 after dah buat rebonding. Actually, after dah buat any chemical service, you really need to take extra care for your hair. So, for those yang nak buat rebonding/perming/colouring, make sure you guys are committed enough untuk beri perhatian yang lebih untuk rambut supaya rambut tak rosak, gugur atau kering.

Tips #1: Shampoo & Conditioner

Untuk menggunakan shampoo dan conditioner, you guys kena tahu masalah kulit kepala dan rambut yang korang nak treat. Eiwa pernah tanya hairdresser eiwa pasal nak guna shampoo dan conditioner mana yang sesuai sbb kulit kepala eiwa oily dan prone to dandruff, tapi rambut eiwa kering. Sebab xnak lah kulit kepala lagi berminyak bila guna shampoo untuk rawat rambut yang kering. Jadi, hairdresser eiwa ckp, pilih shampoo untuk rawat kulit kepala tapi untuk rawat rambut, pilih conditioner yang sesuai. In simple words,

Kulit kepala = Shampoo
Rambut = Conditioner

e.g. Kulit kepala berminyak dan kelumumur = guna Oily and Dandruff Shampoo
       Rambut kering = guna Dry hair Conditioner

For those yang warnakan rambut, sekarang dah ada banyak shampoo and conditioner that can treat coloured hair. Yayy! :D

IMPORTANT!! Jangan pakai conditioner mcm pakai shampoo. Conditioner xboleh pakai di kulit kepala nanti lagi berminyak, worse, clogged pulak kan. So, macamana cara pakai? Firstly, pegang rambut macam nak ikat ponytail so, conditioner hanya perlu dipakai daripada tangan yang korang pegang sampai hujung rambut sahaja. Maybe ramai dah tahu tapi sebenarnya ramai jugak yang tak tahu. Termasuklah eiwa dulu. Huhu.

Lagi satu, penting jugak untuk basuh shampoo betul2 daripada rambut. Make sure tak ada any residues left. :)


Tips #2: Hair Mask

Hair Mask nie x perlu guna tiap2 hari. Cukup setakat 2 atau 3 kali seminggu. Usually eiwa suka guna hair mask untuk kuatkan rambut. Contohnya, hair mask yang ada keratin. Yang nie mmg pakai ke seluruh rambut dan tunggu a few minutes sebelum bilas. Baca instructions yang ditulis sebab lain2 brand, lain2 cara. :) Eiwa suka sangat lepas guna hair mask sebab rasa rambut lembut sangat lepas tu. :)

Tips #3: Scalp tonic (For dandruff hair)

Yang nie pun best jugak. Masa eiwa ada masalah dandruff yang teruk dulu, eiwa akan guna scalp tonic. Eiwa beli dekat dermatologist. Dekat watson pun ada jual jugak. Scalp tonic nie mcm cecair yang nipis (thin solution) yang dipakaikan atas kulit kepala. After dah pakai tu, urut-urut (massage) sikit supaya meningkatkan blood circulation ke kulit kepala. Best, nanti rasa kulit kepala bersih sangat. :)

Tips #4: Hair serum/oil

Hair serum yang eiwa guna adalah untuk kurangkan frizzy hair. Frizzy hair nie macam rambut yang menggerbang tuh. Kadang2 kita dah sikat rambut elok, tapi ada jugak rambut kecik2 yang degil terpacak atas rambut2 yang lain. -___- Jadi, boleh lah guna hair serum untuk treat frizzy hair. Ada je jenis2 yang lain, bergantung kepada keperluan korang semua. Tapi sekarang eiwa prefer guna Moroccan Oil lagi. Bau sedap and mmg buat rambut nampak lagi shiny. Best sangat! :D

IMPORTANT!! Jangan pakai serum/oil di kulit kepala sbb cecair dia agak pekat dan berminyak. Tak macam scalp tonic yang lebih cair dan mmg khas untuk kulit kepala. :)

Tips #5: Heat Protectant

For those yang suka guna hair dryer/straightener/curler, eiwa nasihatkan untuk guna heat protectant terlebih dahulu. This is because exposure to high heat boleh merosakkan rambut. Jadi bila kita pakai heat protectant, insyaAllah kuranglah damage dia. Ada yang bentuk spray, mousse or thick solution. Semuanya bergantung kepada brand dan korang pilih yang mana korang lebih selesa. :)

Tips #6: Blow Dry or Air Dry?

Antara keringkan rambut guna hair dryer ataupun air-dry (biar rambut kering sendiri)? Well, mostly said, "air-drying, of course". Which is true to a certant extent because ada new research drpd Korea found that,

"using a hair-dryer at the right distance and temperature can actually cause less damage than letting hair air-dry. That's because when hair comes in contact with water, it swells. The longer the swelling goes on (say, for the 2 hours it took for hair to air-dry in the study), the more pressure it puts on the delicate proteins keeping hair intact, which can lead to more damage."
So, cara yang terbaik ialah biarkan rambut kering 70-80% secara air-dry, lepas tu, guna hair dryer (cool setting bukan hot setting) untuk keringkan rambut selebihnya. Make sure korang agak2 hair dryer dalam jarak 6 inci jauh daripada rambut. Voila! Gorgeous hair! :D

Tip s#7: In-Salon Treatment

Jika kelapangan, ada masa free dan wang lebih sikit, apa salahnya melawat ke salon untuk dapatkan rawatan rambut. To be honest, salon punya products lagi bagus daripada apa yang ada di pasaran sebab product diorang lagi effective. Cuma mahal lah kan. Rambut eiwa boleh kembali sihat sebab kerap buat rawatan rambut di salon jugak. Eiwa buat sebulan sekali. Tapi kadang2 tak cukup masa, dua bulan sekali. Antara scalp treatment dan hair treatment, eiwa nasihatkan utamakan scalp dulu. Sebabnya, kalau kulit kepala sihat, anak rambut yang keluar pun sihat dan rambut2 seterusnya pun sihat. Hair treatment lebih fokus kepada masalah rambut, jadi kalau ada masalah dandruff, hair treatment mungkin tak membantu sangat.


Rasanya itu sahaja hair care routine eiwa nak share kali nie. Hopefully, membantu sesiapa yang membaca. InsyaAllah, kalau ada masa eiwa update lagi tentang routine2 lain yang berkesan.

Nak ingatkan, yang routine nie berkesan untuk eiwa, eiwa tak boleh janji yang routine ni berkesan untuk orang lain jugak. Tapi tak salah kalau cuba kan? :)

So, all the best! Till then,

XOXO

1 comment:

  1. hye.. ini boleh apply utk rambut yg berwarna jugak ke?

    ReplyDelete